Bahagian Bendahari UiTM Kampus Seremban

Pejabat Bendahari Kampus Seremban 3 telah ditubuhkan pada 3 Februari 2014 sejajar dengan penubuhan UiTM Kampus Seremban bagi mencapai misi, visi dan objektif Universiti Teknologi MARA (UiTM) di bawah peruntukan Akta 173 (1973) dan pindaan-pindaannya. Kewujudan Pejabat Bendahari berdasarkan berdasarkan keperluan perundangan, perkhidmatan, pembangunan dan pengurusan sumber kawalan dan penilaian prestasi. Pentadbiran dan segala urusan hal berkaitan adalah berdasarkan semua pekeliling dan dasar yang masih digunapakai dan relevan. Pejabat Bendahari akan melaksanakan sistem pengurusan kewangan secara profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan profesional yang menyediakan perkhidmatan berdasarkan Fungsi Utama Pejabat Bendahari iaitu;

  1. Pentadbiran Kewangan
  2. Pengurusan Belanjawan
  3. Pengurusan Perolehan
  4. Pengurusan Harta Benda
  5. Pengurusan Wang
  6. Pengurusan Kewangan Pelajar
  7. Pengurusan Akaun
  8. Pengurusan Amanah, Penyelidikan & Perundingan